KUALA LUMPUR 22 April - Hasil kajian Jabatan Kimia terhadap sampel air Sungai Koman serta air bawah tanah di Bukit Koman, Raub, Pahang mendapati tiada unsur sianida dikesan di kawasan itu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Mineral dan Geosains bagaimanapun akan terus membuat pemantauan terhadap tahap penggunaan sianida dalam aktiviti perlombongan emas di Bukit Koman.
Pemantauan itu bagi memastikan ia tidak membahayakan penduduk dan mencemarkan alam sekitar.
FULL ARCHIVE
Thursday, April 22, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment